I love LAKSA UTARA! I do!




Minggu lepas, saya buat laksa lagi. I really love laksa. The never get bored food! Tak jemu makan laksa ni. Dapat makan semangkuk pun jadilah. Pada yang nak buat laksa dan tak tahu resepi, bolehlah cuba resepi ini. Kebanyakan resepi laksa sama ja. Cubalah try resepi ni pulak ringkas tapi rasanya terangkat gitu! :D

Antara bahan2 utama:

1 bungkus laksa - direbus sampai lembut
(bila dah sudah dimasak, ditapis)
* saya suka pakai laksa yang halus saiznya

Bahan-bahan utk Kuah Laksa:
  • 10 ekor ikan mabung (besar sikit dari kembung)boleh juga campur dgn 3 ekor ikan sardin  (tak masukkan ikan sardin pun tak apa, dah sedap kuah, kalo ada ikan sardin, meletop lagi rasa).
  • 8 keping asam gelugur
  • Seikat daun kesum
  • 1 batang serai
  • 1 kuntum bunga kantan dibelah 4 (memanjang)
  • 15 batang cili kering yang dikisar 
  • 3 ulas bawang besar 
  • Belacan (saya suka letak macam 2 atau 3 kiub gitu, agak2lah) 
  • 1 atau 2 kiub ayam maggi atau knorr 
  • Garam secukup rasa
  • Air ditambah ikut kepekatan rasa
Hiasan:
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 1 kuntum bunga kantan - dipotong kecil/cincang
  • 1 batang timun 
  • Daun salad (boleh diganti dengan daun selom atau daun ulam raja) - dihiris halus
  • Cili api (cabai melaka) - dihiris
  • 4 biji telur (direbus dan dipotong ikut suka saiz)
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan air (air tu agak2 la sampai menutupi ikan tingginya) bersama dengan 4 keping asam gelugur dan sedikit garam hingga masak di dalam periuk.
  • Asingkan ikan yang dah direbus dan biarkan air rebusan dan asam keping dalam periuk.
  • Ambil isi ikan dan asingkan dari tulang dalam bekas yang berlainan.
  • Kisar isi ikan dengan air pakai blender, (kalau nk pakai air rebusan tadi pun boleh juga). Bila selesai, tuangkan dalam periuk tadi).
  • Ambil tulang ikan dan kisar tulang ikan dengan air hingga hancur dan tapiskan ke dalam periuk. Buang lebihan tulang yang tak hancur atau kalo sayang, boleh lagi dikisar sekali lagi dan tapis.
  • Kisar cili kering tadi dengan air dan dimasukkan ke dalam periuk.
  • Kisar bawang besar dan belacan. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
  • Masukkan sedikit air (jika rasa pekat sangat, tak masukkan pun tak apa kerana bahan2 kisar dah berair), lebihan asam gelugur, bunga kantan,  serai, daun kesum, kiub ayam maggi/knorr dan garam.
  • Masak dalam api yang sederhana sehingga mendidih. Kalau nak pekatkan kuah, biarkan atas api yang kecil sehingga mencapai tahap kepekatan yang disukai. 
Kemudian dah siap bolehlah makan. Ambil laksa tadi dan masukkan kuah kemudian ditabur hiasan di atasnya. 

INGAT! Laksa amat sedap dimakan dengan kuah yang panas. Sedapkan!!! :D

1 comments:

Wah..ada blog sendiri jga rupa nya..


EmoticonEmoticon