Aiskrim Sumi / Sumi icecream

Aiskrim Sumi / Sumi icecream


Dek kerana ramai dok post aiskrim sumi kat facebook, maka saya pun teringin la nak buat. Resepi sangat mudah juga. Anda pun boleh cuba. 

Bahan-bahan yang diperlukan

1 Tin Susu Pekat (susu krimer F&N)
1 Tin Susu Cair (Susu ideal)
4 Tin Air 
3 Bungkus Sumi (Kalau tak dak sumi pun tak pa, cari brand lain)
Secubit Garam
Plastik aiskrim

PETUA ORANG TUA

Petua Orang Tua - sumber fb




Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.