RED VELVET CUPCAKES

Red Velvet Cupcakes




Tetiba hati teringin nak buat red velvet cupcake. So I skodenglah resipi RV cupcake di fb, blog dan youtube. Study beberapa kali kat youtube lepas tu baru confiden skit nak buat. Di bawah ni resepi yang I pakai.





BAHAN-BAHAN UNTUK RED VELVET CUPCAKES
(16 - 18 cupcakes)
250g tepung gandum 

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk koko

113g butter
160g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
240ml buttermilk - (jika tak ada boleh diganti dgn 240ml susu penuh krim dan cuka 1 sudu kecil)
2 sudu besar pewarna merah
1 susu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA CARA
1. Ayakkan sekali tepung, baking powder, garam dan serbuk koko. Ketepikan.



2. Didalam buttermilk, campurkan pewarna merah. kacau rata. Ketepikan.



3. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula. Pukul sehingga pucat. Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan sehingga kembang dan kemudian esen vanila. (pukul lebihkurang 1 minit saja antara setiap kali masukkan bahan, jangan lama-lama)











4. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan bahan kering (adunan tepung) berselang seli dengan adunan buttermilk. Pukul sebati. (Pakai spatula saja pun boleh jika tak pakai mixer utk proses ni). 



5. Didalam mangkuk kecil, masukkan soda bikarbonat dan cuka. gaul dan masukkan dengan segera kedalam adunan cupcake. Gaul rata.





6. Masukkan kedalam bekas cupcake 2/3 penuh dan bakar didalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170c dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. (Bergantung pada oven masing2). 








7. Sebelum dihias topping biar sejuk dulu.



Cream Cheese Frosting

80g  unsalted butter
140g cream cheese
90g gula ising - diayak
14 sudu kecil esen vanilla

1. Pastikan semua ada pada suhu bilik.
2. Pukul mentega sampai nampak creamy kemudian masukkan cream cheese dan gula ising. 3. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila.
4. Sambung pukul sampai nampak smooth dan fluffy.
5. Kemudian amik ising nozel untuk decorate. 
6. Isingkan atas cupcake. Corak ikut suka. Saya taburkan isi2 kek yg dilerai utk hiasan di atas krim ising td. 








EmoticonEmoticon